AGENSI

Cadang program latihan bantu rakyat miskin raih pendapatan

4 Apr 2021, 8:27 AM
Cadang program latihan bantu rakyat miskin raih pendapatan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) Selangor bercadang menganjurkan latihan keusahawanan bagi membantu individu berpendapatan rendah.

Pengerusinya berkata cadangan membabitkan kerjasama Kerajaan Negeri sudah diserahkan kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari untuk penelitian.

“Selama ini kita banyak bekerjasama dengan agensi persekutuan namun kita lihat Kerajaan Negeri memiliki banyak syarikat berkaitan kerajaan yang boleh dimanfaatkan untuk golongan ini.

“Di Selangor, masih ada masyarakat miskin terutama yang tinggal di projek perumahan rakyat. Kita akan kenal pasti dan bantu meringankan beban mereka,” kata Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman.

Beliau yang ditemui pada mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Hotel De’Palma di sini berkata individu yang digilap dari program latihan berpotensi diserap ke rangkaian niaga tertentu.

“Misalnya mereka ambil latihan penjagaan wajah, mereka mungkin berpeluang bekerja dengan mana-mana pusat kecantikan melalui rangkaian yang kita miliki.

“Kita berharap usaha ini akan memberi dampak positif kepada individu memerlukan jika cadangan itu menjadi kenyataan,” kata Ahmad Bhari.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.