AGENDA

Negeri sumbang RM50,000, rancak aktiviti Alumni 4B Selangor

4 Apr 2021, 12:50 AM
Negeri sumbang RM50,000, rancak aktiviti Alumni 4B Selangor

SHAH ALAM, 4 APRIL: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) Selangor bagi menggerakkan aktiviti persatuan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan tersebut bakal memanfaatkan kira-kira 2,000 alumni berdaftar di 22 kawasan parlimen seluruh negeri.

“Saya gembira kerana dapat bersama sebahagian ahli 4B dan bertemu kawan lama yang turut menyampaikan hasrat untuk bersama Kerajaan Selangor membantu masyarakat dalam pelbagai bidang.

“Alumni 4B mempunyai pengalaman dan semangat bantu masyarakat khususnya berpendapatan rendah, justeru saya percaya semangat ini dapat memastikan program kebajikan Kerajaan Negeri dilaksana secara menyeluruh,” katanya.

Beliau ditemui Media Selangor selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Hotel De’Palma di sini petang semalam.

Sementara itu, pengerusi Alumni 4B Selangor berkata bantuan tersebut menyuntik semangat pertubuhan berkenaan untuk terus mendampingi dan menyantuni ahli serta masyarakat setempat.

“Keterbukaan beliau (Dato’ Menteri Besar) adalah suatu kebanggaan buat kami dan sikap seperti ini yang kita mahu tanpa terlalu terkongkong,” kata Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman.

Pertubuhan Alumni 4B Selangor ialah badan bukan kerajaan yang menumpukan program kebajikan dan kemasyarakatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.