ad
PBT

Naik taraf tapak medan selera jadi pusat hentian pelancong

1 Apr 2021, 12:27 AM
Naik taraf tapak medan selera jadi pusat hentian pelancong

CYBERJAYA, 1 APRIL: Medan Selera Pantai Bagan Lalang yang terbakar pada 15 Mac lalu akan dibangunkan semula menjadi pusat hentian pelancong, kata Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Datuk Abd Hamid Hussain berkata tapak medan selera itu akan dibangunkan menjadi bangunan lima tingkat dilengkapi motel mampu milik dan medan selera, lapor Berita Harian.

"MPSepang akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan projek berkenaan dalam masa terdekat," katanya.

Abd Hamid berkata, sehingga kini pihaknya menunggu laporan siasatan kebakaran sebelum memulakan pembersihan kawasan terbabit.

"MPSepang pernah membentangkan cadangan bagi menaiktaraf medan selera itu dan sekiranya mendapat persetujuan semua pihak serta tapak itu bersesuaian untuk dibangunkan, berkemungkinan projek itu akan dimulakan pada tahun depan.

"Kawasan itu sesuai dibangunkan untuk pelancongan bagi menceriakan kawasan pantai itu kerana tapak medan selera itu satu-satunya milik MPSepang," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.