ad
AGENDA

Tiada lagi arahan kerja dari rumah mulai 1 April

30 Mac 2021, 1:27 PM
Tiada lagi arahan kerja dari rumah mulai 1 April

SHAH ALAM, 30 MAC: Tiada lagi arahan 30 peratus bekerja dari rumah dan sektor swasta dibenarkan mengoptimumkan pekerjanya 100 peratus.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembatalan syarat ini memberi peluang kepada syarikat untuk beroperasi pada tahap yang maksimum.

"Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam adalah berdasarkan kepada Pekeliling/Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Sektor swasta pula adalah dibenarkan 100 peratus bagi pengurusan/penyelia dan operasi/sokongan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau menjelaskan pelaksanaan arahan tersebut sukar dikeluarkan kepada syarikat perkilangan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara jarak jauh.

Sebelum ini kerajaan melaksanakan dasar bekerja dari rumah untuk negeri dan kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan kehadiran 30 peratus kakitangan.

Bagaimanapun jumlah kehadiran ke pejabat di negeri dan kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah pada tahap maksimum, tertakluk arahan ketua jabatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.