ad
AGENDA

Selangor antara enam negeri kekal PKP Bersyarat hingga 14 April

30 Mac 2021, 10:52 AM
Selangor antara enam negeri kekal PKP Bersyarat hingga 14 April

SHAH ALAM, 30 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dilanjutkan hingga 14 April berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, dan Kelantan turut dilanjutkan dalam tempoh sama iaitu 14 hari.

“PKPB di Sarawak pula dilanjutkan bermula hari ini sehingga 12 April.

"Manakala 10 lagi negeri dan wilayah dikekalkan PKP Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke PKPP melalui konsep gelembung pelancongan bersasar.

“Rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak,” katanya.

PKPB di Selangor yang berkuat kuasa dari 5 hingga 18 Mac lalu dilanjutkan hingga 31 Mac. Ia turut melibatkan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.