ad
AGENDA

107 individu ingkar SOP PKP ditahan - menteri

28 Mac 2021, 11:46 AM
107 individu ingkar SOP PKP ditahan - menteri

SHAH ALAM, 18 MAC: Seramai 107 individu ditahan kerana ingkar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 89 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

"Antara kesalahan yang direkodkan melibatkan aktiviti pusat hiburan (75) tiada penjarakan fizikal (24), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (dua) dan lain-lain (enam)," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail Sabri, Op Benteng pula berjaya menahan 28 orang pendatang asing tanpa izin dan merampas 12 kenderaan darat.

Mengenai saringan wajib pekerja warga asing, beliau berkata 3,149 individu telah menjalani ujian Covid-19 semalam dengan keputusan lima daripadanya positif.

"Secara keseluruhannya, seramai 657,220 pekerja warga asing telah menjalani saringan Covid-19 yang melibatkan 34,095 majikan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.