ad
PBT

MPS bina penghadang elak pembuangan sampah haram

27 Mac 2021, 8:50 AM
MPS bina penghadang elak pembuangan sampah haram
MPS bina penghadang elak pembuangan sampah haram

SHAH ALAM, 27 MAC: Majlis Perbandaran Selayang melaksanakan kerja pembersihan dan pembinaan penghadang di dua tapak pembuangan sampah haram di Gombak semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan bagi mengelak aktiviti itu dijalankan di Jalan TIB 3/3, Taman Industri Boltan dan di Jalan SBC 8, Taman Sri Batu Caves.

[caption id="attachment_465904" align="alignleft" width="385"] Longgokan sampah yang dikesan MPS di Gombak pada 26 Mac 2021. Foto Facebook MPS[/caption]

"Di lokasi kedua, MPS memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menemui rakaman aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan tersebut dan tindakan akan dikenakan kepada pihak yang terlibat.

"Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan masing-masing," katanya di Facebook.

MPS menambah pihaknya terus melakukan pemantauan dan mengambil tegas kepada pihak yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.