ad
AGENSI

LZS galak asnaf berniaga, sedia bantuan modal dan latihan

23 Mac 2021, 2:33 AM
LZS galak asnaf berniaga, sedia bantuan modal dan latihan

SHAH ALAM, 23 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengajak lebih ramai asnaf negeri ini untuk menyertai program latihan bagi mengembangkan perniagaan.

Menurut agensi itu, program Pembangunan Usahawan Asnaf turut memberi bantuan modal kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf untuk berniaga sekali gus mampu berdikari.

Jelas LZS, tawaran kursus membabitkan keusahawanan asas dan lanjutan, jahitan, Sijil Kemahiran Malaysia, katering, roti, bakeri dan pastri serta pes.

"Konsep projek meliputi bergerak ke rumah pelanggan, tidak memerlukan kedai atau ruang perniagaan, mudah diuruskan serta kos pusingan yang rendah," kata agensi itu.

LZS turut memberi contoh seorang asnaf yang mengikuti program terbabit sejak 2017 dan menjalankan perniagaan Nasi Ayam Hainan di Denai Alam.

Agensi itu berkata perusahaan Norsaadah Zainuddin semakin maju dengan pelbagai menu tambahan seperti nasi tomato dan nasi vanggey.

"Perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk, pejabat dan kenalan," kata LZS.

Permohonan boleh dibuat melalui http://bit.ly/usahawanasnaflzs.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.