ad
AGENDA

Anwar jumpa KP SPRM petang esok

21 Mac 2021, 1:48 AM
Anwar jumpa KP SPRM petang esok

SHAH ALAM, 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu dengan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.

Pertemuan presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan Datuk Seri Azam Baki dijangka jam 3 petang.

Perbincangan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan ahli-ahli parlimennya cuba dirasuah agar mengalih sokongan kepada Perikatan Nasional.

"Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dalam kalangan pembangkang dan masyarakat madani.

"Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik, Inysa-Allah," kata ketua pembangkang menerusi Facebook pagi ini.

KEADILAN sebelum ini mendakwa agensi kerajaan termasuk SPRM digunakan mengugut ahli-ahli parlimennya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.