ad
AGENDA

105 penduduk Kampung Melayu Seri Kundang terima tawaran milikan tanah

20 Mac 2021, 4:10 AM
105 penduduk Kampung Melayu Seri Kundang terima tawaran milikan tanah

RAWANG, 20 MAC: Seramai 105 penduduk Kampung Melayu Seri Kundang menerima tawaran Notis 5A daripada Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari hari ini.

Tawaran itu ialah pemberitahuan bahawa tanah terbabit diluluskan kerajaan untuk menjadi hak milik dengan menjelaskan bayaran premium ditetapkan.

Ia diluluskan menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dengan membabitkan keluasan setiap satu dari 196 hingga 849 meter persegi.

Majlis penyerahan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Selayang, Kampung Melayu Seri Kundang pagi tadi mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Hadir sama Pegawai Daerah Dan Tanah Gombak, Shukri Mohamad Hamin; Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuang, Sallehudin Amiruddin dan ADN Rawang, Chua Wei Kiat.

Pemberian hak milik tanah itu adalah kali ketiga selepas tahun 1999 dan 2010 dengan membabitkan lebih 300 penduduk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.