AGENSI

Covid-19: Kes sembuh di Selangor atasi jangkitan baharu

19 Mac 2021, 11:10 AM
Covid-19: Kes sembuh di Selangor atasi jangkitan baharu

SHAH ALAM, 19 MAC: Selangor merekodkan 487 kes sembuh Covid-19 hari ini sekali gus mengatasi jangkitan baharu sebanyak 348 kes.

Keseluruhannya seramai 108,704 pesakit di negeri itu berjaya pulih berbanding 110,898 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 277 kes baharu di negeri ini berpunca daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

Menurutnya, sebanyak 52 kes kluster baharu membabitkan kluster Bandar Baru, kluster Persiaran Hemisfera dan kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth.

“Satu kes import dari luar negara dan 70 kes lagi lain-lain saringan,” katanya menambah tiada kematian baharu dilaporkan di Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.