ad
AGENDA

Fama Selangor sasar buka 40 pasar pra-Ramadan, Aidilfitri

17 Mac 2021, 2:55 PM
Fama Selangor sasar buka 40 pasar pra-Ramadan, Aidilfitri

SHAH ALAM, 17 MAC: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor menyasarkan untuk membuka 40 buah Pasar Pra-Ramadan dan Pasar Pra-Aidilfitri di negeri itu yang meliputi kira-kira 80 peratus daripada pasar tani sedia ada.

Pengarah Fama Selangor Abdul Rashid Bahri berkata Pasar Pra-Ramadan akan dibuka sehari sebelum Ramadan manakala Pasar Pra-Aidilfitri akan beroperasi tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Fama akan memfokuskan produk persediaan untuk Ramadan dalam Pasar Pra-Ramadan nanti. Begitu juga Pasar Pra-Aidilfitri, yang mana usahawan Fama akan menjual barangan asas perayaan bagi sambutan hari raya," katanya pada Pembukaan Pasar Tani ke-50 TTDI Jaya, dekat sini hari ini.

Abdul Rashid mengulas mengenai pengumuman kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara, semalam.

Katanya pengoperasian pasar tersebut akan berlandaskan tatacara operasi piawai (SOP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.