ad
AGENDA

PKP Bersyarat di Selangor dilanjutkan hingga 31 Mac

16 Mac 2021, 10:01 AM
PKP Bersyarat di Selangor dilanjutkan hingga 31 Mac

SHAH ALAM, 16 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dilanjutkan hingga 31 Mac berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan turut dilanjutkan tempoh sama.

"PKPB di Sarawak pula dilanjutkan bermula hari ini sehingga 29 Mac.  Tiga negeri bertukar status PKPB kepada PKP pemulihan iaitu Kedah, Negeri Sembilan dan Perak," katanya dalam sidang media situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapaun berkata, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan daripada PKPP ke PKPP.

"Rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.