ad
AGENSI

Khemah sekatan jalan IPD Hulu Selangor rosak diterbang ribut

16 Mac 2021, 9:42 AM
Khemah sekatan jalan IPD Hulu Selangor rosak diterbang ribut

SHAH ALAM, 16 MAC: Khemah sekatan jalan raya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di Tol Sungai Buaya, Rawang rosak diterbang ribut petang ini.

Polis Hulu Selangor berkata hujan lebat dan angin kencang menyebabkan khemah yang digunakan tujuh petugas untuk berteduh terbalik.

"Usaha beberapa anggota yang cuba menahan tiang khemah agar tidak diterbangkan angin tidak berhasil.

"Bagaimanapun syukurlah anggota bertugas selamat tidak mengalami sebarang kecederaan dan khemah petugas Covid-19 rosak teruk," katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, khemah tersebut menempatkan empat anggota polis dari IPD Hulu Selangor, dua tentera dan seorang anggota Jabatan Sukarawan Malaysia (Rela).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.