ad
AGENDA

MB jelajah Shah Alam hari ini, selami isu rakyat

14 Mac 2021, 12:20 AM
MB jelajah Shah Alam hari ini, selami isu rakyat
MB jelajah Shah Alam hari ini, selami isu rakyat

SHAH ALAM, 14 MAC: Program Jelajah Kita Selangor oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual berlangsung hari ini di sekitar parlimen Shah Alam.

Jelajah dimulakan dengan perasmian pasar moden Seksyen 25 pada jam 9 pagi disusuli program Pemberdayaan Komuniti Bersih dan Ceria di Pangsapuri Seri Nipah.

Turut dilawati Pangsapuri Indah Ria Seksyen 22, projek fertigasi cili dalam bandar di Seksyen 18 dan binaan gelanggang tertutup sepak takraw di Seksyen 7.

“Jelajah ini memberi peluang kepada pimpinan untuk mendengar luahan rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan,” tulis Dato' Menteri Besar di Twitter semalam.

Pada sebelah petang, Amirudin dijadual meninjau blok 48, Seksyen 7 yang berdepan isu bumbung kediaman dan beramah mesra bersama peniaga di Kompleks PKNS.

Beliau turut meraikan sambutan Hari Wania Sedunia bersama Wanita KEADILAN Selangor di Best Western i-City sebelum mengakhiri program di Taman Ekstrem Seksyen 13.

Pada 6 Mac, Amirudin memulakan Jelajah Kita Selangor di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya disusuli DUN Bukit Antarabangsa keesokannya.

[caption id="attachment_464181" align="aligncenter" width="500"] Sumber: Twitter Dato' Seri Amirudin Shari[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.