ad
BERITA UTAMA

MB: Jelajah Kita Selangor di Parlimen Shah Alam esok

13 Mac 2021, 1:52 PM
MB: Jelajah Kita Selangor di Parlimen Shah Alam esok
MB: Jelajah Kita Selangor di Parlimen Shah Alam esok

SHAH ALAM, 13 MAC: Dato' Menteri Besar dijadual meneruskan jelajah ke Parlimen Shah Alam esok bagi menyelami isu masyarakat di kawasan berkenaan.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau akan menyertai beberapa program di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan DUN Kota Anggerik menerusi Jelajah Kita Selangor.

"Jelajah ini memberi peluang kepada pimpinan untuk mendengar luahan rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan," tulisnya di Twitter.

Sabtu lalu, Amirudin memulakan jelajah siri pertama di DUN Lembah Jaya diikuti DUN Bukit Antarabangsa pada keesokannya.

Program itu dilaksanakan dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat bagi mengelak penularan Covid-19.

[caption id="attachment_464181" align="aligncenter" width="668"] Sumber: Twitter Dato' Seri Amirudin Shari[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.