ad
AGENDA

Pfizer, BioNTech mampu keluar 3 bilion dos vaksin Covid-19 menjelang 2022

10 Mac 2021, 2:38 PM
Pfizer, BioNTech mampu keluar 3 bilion dos vaksin Covid-19 menjelang 2022

MOSCOW, 10 MAC: BioNTech Jerman dan Pfizer Amerika Syarikat mempunyai kapasiti untuk menghasilkan hingga tiga bilion dos vaksin Covid-19 tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech Ugur Sahin dalam temu bual dengan Bloomberg pada Rabu, lapor Sputnik.

"Pada prinsipnya, kami dapat meningkatkan lagi kapasiti pembuatan kami. Oleh itu, saya tidak melihat adanya halangan untuk menghasilkan lebih banyak dos vaksin, bahkan sehingfga tiga bilion dos pada 2022. Ia benar-benar bergantung pada permintaan.

"Ia juga bergantung pada faktor, misalnya, sama ada vaksin tambahan diperlukan," kata Sahin.

Pada awal Februari, syarikat bioteknologi itu mengumumkan rancangannya untuk menghasilkan dua bilion dos vaksin dan bukannya 1.3 bilion dos yang dijangkakan pada 2021 berikutan peningkatan permintaan global.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.