AGENDA

MB jamin selesai isu bekalan air dua pangsapuri di Gombak

10 Mac 2021, 3:01 AM
MB jamin selesai isu bekalan air dua pangsapuri di Gombak

GOMBAK, 10 MAC: Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air melibatkan penduduk di Pangsapuri Laksamana, Kampung Laksamana dan Pangsapuri Mewah, Taman Bolton, di sini.

Dato' Menteri Besar berkata pihaknya akan berbincang lanjut dengan agensi berkaitan termasuk kemungkinan berlaku kebocoran paip yang menyalurkan air ke pangsapuri.

"Saya dimaklumkan Pangsapuri Laksamana mengalami kerosakan tangki air manakala isu meter dan tekanan air berlaku di Pangsapuri Mewah, jadi kita kena lihat apa yang boleh dibantu.

"Hari ini saya turun sendiri mendengar masalah penduduk, cuma kos untuk membaiki paip atau tangki sangat dan memerlukan sedikit masa," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua ditemui pemberita selepas meluangkan masa hampir sejam mendengar serta meninjau isu penempatan tersebut.

Turut mengiringi lawatan adalah EXCO Perumahan, Rodziah Ismail dan pegawai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.