ad
PBT

MDKS anjur festival e-sukan tawar hadiah RM8,000

9 Mac 2021, 10:13 AM
MDKS anjur festival e-sukan tawar hadiah RM8,000
MDKS anjur festival e-sukan tawar hadiah RM8,000

SHAH ALAM, 9 MAC: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan menganjurkan kejohanan dalam talian Kuala Selangor E-Games Festival 2021 dengan hadiah keseluruhan RM8,000.

Dalam kenyataannya, MDKS memaklumkan pertandingan bermula 20 Mac hingga 4 April menguji peserta dalam tiga acara iaitu Mobile Legends, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PuBG) dan FIFA21.

"Festival itu bertujuan memeriahkan lagi industri e-sukan di daerah ini dengan penglibatan anak muda bagi bersaing secara sihat dalam kejohanan bertaraf kebangsaan.

"Ia terbuka kepada umum dan terhad hanya kepada 128 orang sahaja untuk setiap acara," katanya menerusi Facebook.

Pada masa sama MDKS berkata program seperti itu juga dapat mempromosikan lokasi dan produk pelancongan di daerah tersebut.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh menghubungi 011-1192 6202 (Hical) atau klik di pautan berikut:

PUBG Mobile: https://www.mesf.gg/.../kuala-selangor-e-games-festival

Mobile Legends: https://www.mesf.gg/.../kuala-selangor-e-games-festival

FIFA21: https://www.mesf.gg/.../kuala-selangor-e-games-festival

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.