ad
AGENSI

Jais benar akad nikah bersemuka mulai 8 Mac

4 Mac 2021, 4:06 AM
Jais benar akad nikah bersemuka mulai 8 Mac

SHAH ALAM, 4 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah secara bersemuka bermula 8 Mac ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jais memaklumkan kebenaran bagi mengadakan majlis berkenaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini berkuat kuasa esok.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah kehadiran antaranya acara diadakan di masjid terhad kepada 15 orang manakala di Jais dan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) pula hanya enam tetamu.

"Bagi pelaksanaan majlis di rumah dan premis berbayar pula jumlah dibenarkan seramai 20 orang," katanya.

Sebelum ini majlis akad nikah dilaksanakan secara sidang video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.