ad
AGENDA

Denda sehingga RM500,000 jika buat pembakaran terbuka

2 Mac 2021, 10:25 AM
Denda sehingga RM500,000 jika buat pembakaran terbuka

KUALA LANGAT, 2 MAC: Denda sehingga RM500,000 boleh dikenakan terhadap individu yang melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan hutan simpan.

EXCO alam sekitar berkata tindakan mengikut akta Jabatan Alam Sekitar turut memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun bagi kesalahan tersebut.

Hee Loy Sian menjelaskan Jabatan Perhutanan Selangor juga mengenakan denda RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.

"Justeru, penduduk berdekatan kawasan hutan simpan diingatkan tidak melakukan aktiviti tersebut atau bakal dikenakan hukuman berat," katanya selepas meninjau kebakaran hutan di sini.

Beliau turut menggesa orang awam mengemukakan aduan jika terlihat aktiviti mencurigakan selain bakal mengenal pasti kaedah pertanian yang tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.