ad
AGENDA

Polis musnahkan bom tinggalan Perang Dunia Kedua

25 Feb 2021, 12:34 AM

JEMPOL, 25 FEB: Polis semalam memusnahkan sebutir bom lama jenis mortar dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemukan di kawasan kebun getah Lubuk Lawang, Rompin dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata bom itu ditemukan seorang lelaki Orang Asli berusia 40 tahun ketika membersihkan kebun getah tersebut pada kira-kira 7.15 pagi.

"Lelaki dikenali sebagai Nizam itu telah memaklumkan kepada Ketua Kampung John Baharyn Ayom, 53, mengenai penemuan sebuah objek menyerupai bom di kawasan berkenaan.

"John Baharyn kemudian membuat laporan polis, seterusnya sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan," menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata siasatan mendapati objek itu adalah bom lama jenis mortar tanpa sebarang penandaan berukuran 60 milimeter dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua.

Katanya, bom itu dimusnahkan di kawasan kebun getah tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.