ad
AGENDA

Selesai sanitasi, Balai Polis Ampang kembali operasi

24 Feb 2021, 12:55 PM
Selesai sanitasi, Balai Polis Ampang kembali operasi

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Operasi Balai Polis Ampang yang digantung sementara kepada orang awam bermula semalam susulan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan anggota di balai itu, diaktifkan semula kira-kira 4 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata orang awam kini boleh berurusan di balai itu yang telah menjalani proses sanitasi.

"Kerja-kerja sanitasi telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak pertubuhan bukan kerajaan," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan 11 anggota polis di balai terbabit disahkan positif Covid-19, manakala sejumlah anggota serta kakitangan awam lain pula diarah menjalani kuarantin kendiri.

Jangkitan itu disahkan berpunca daripada beberapa kes orang kena tahan (OKT) yang didapati positif.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.