ad
AGENDA

MB: Pendekatan Selangor depani Covid-19 jadi rujukan agensi persekutuan

23 Feb 2021, 12:42 AM
MB: Pendekatan Selangor depani Covid-19 jadi rujukan agensi persekutuan
MB: Pendekatan Selangor depani Covid-19 jadi rujukan agensi persekutuan

SHAH ALAM, 23 FEB: Beberapa pendekatan Kerajaan Selangor dalam menangani cabaran perebakan Covid-19 menjadi ikutan agensi persekutuan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan negeri ini paling awal memperkenal tatacara operasi piawai (SOP) di pusat kuarantin sebelum ia diguna pakai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pusat kuarantin di negeri lain pada awalnya tiada SOP tetapi Selangor ada laksana SOP dan akhirnya SOP kita turut digunakan MKN.

[caption id="attachment_461991" align="alignleft" width="500"] Buku edisi khas Kita Selangor: Gempur Covid-19 terbitan Pejabat Menteri Besar Selangor[/caption]

"Unit Pengurusan Bencana Negeri juga menjadi rujukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan sebahagian modus operandi agensi ini mengambil contoh dari Selangor," katanya melalui wawancara dalam edisi khas Kita Selangor: Gempur Covid-19.

Kita Selangor, majalah terbitan Pejabat Dato' Menteri Besar, merakam detik-detik awal Kerajaan Negeri berdepan wabak Covid-19 dan perkembangannya sehingga Oktober tahun lalu.

Majalah setebal 64 halaman ini merekod detik penting, personaliti utama dan contoh program yang dijayakan sepanjang tempoh tersebut. Ia diedarkan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) wakil rakyat, pusat kesihatan, jabatan kerajaan dan orang ramai mulai minggu ini.

Amirudin menambah Selangor juga negeri pertama membuka pusat penjagaan anak-anak petugas hadapan di hospital.

"Selain itu dalam kesibukan petugas hadapan, Kerajaan Negeri memikirkan bentuk sokongan yang boleh diberikan, jadi kita tubuhkan pusat penjagaan untuk anak mereka.

"Inisiatif mewujudkan pusat jagaan antara buah fikiran diberikan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC)," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.