ad
AGENSI

Pekawanis latih ibu tunggal B40 miliki kemahiran jana pendapatan

22 Feb 2021, 2:44 AM
Pekawanis latih ibu tunggal B40 miliki kemahiran jana pendapatan
Pekawanis latih ibu tunggal B40 miliki kemahiran jana pendapatan

PETALING JAYA, 22 FEB: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan melancarkan program membentuk kemahiran ibu tunggal berpendapatan rendah (B40) bagi menjana pendapatan.

Yang Dipertuanya berkata program Nur Pekawanis dijangka bermula bulan depan dengan menawarkan empat kemahiran iaitu menjahit, penyediaan makanan sejuk beku dan urutan spa serta solekan wajah.

"Peserta program akan dilatih dari awal sehingga mereka mampu menjana ekonomi sendiri malah akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri menerusi agenda digitalisasi yang dilaksanakan.

[caption id="attachment_461882" align="alignleft" width="386"] Datin Seri Masdiana Muhamad ketika tinjauan Saringan Bersasar Komuniti di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Kita turut sasarkan mereka menjadi ikon selain berpotensi sebagai tenaga pengajar untuk peserta lain," katanya Datin Seri Masdiana Muhamad.

Terdahulu, beliau mengiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Komuniti PJS 6.

Menurutnya, sesi pembentangan dan demonstrasi dari semua pengajar sudah dijalankan sebagai tindakan memastikan program berjalan lancar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.