ad
AGENDA

Selangor FC mulakan latihan persediaan Liga-M musim baharu

17 Feb 2021, 12:27 AM
Selangor FC mulakan latihan persediaan Liga-M musim baharu

SHAH ALAM, 17 FEB: Selangor FC memulakan latihan persediaan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 pada Isnin selepas memenuhi semua syarat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Ketua pegawai eksekutifnya berkata pemain dan pegawai menjalani saringan Covid-19 pada Sabtu lepas selain proses sanitasi padang latihan pasukan di sini.

"Selain itu pasukan Selangor memilih kaedah kuarantin pemain di rumah masing-masing tidak seperti pasukan tertentu yang menempatkan pemain di kem berpusat.

"Justeru semua pemain perlu tahu tanggungjawab serta patuh tatacara operasi piawai (SOP), kita tidak mahu timbul masalah pada kemudian hari," kata Dr Johan Kamal Hamidon kepada SelangorKini.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan tambahan, pemain dan pegawai perlu menjalani saringan setiap minggu bagi mengekang penularan Covid-19 dalam pasukan.

Pada 9 Februari, Menteri Kanan (Keselamatan) membenarkan pasukan Liga-M, Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) memulakan latihan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemain perlu mematuhi kuarantin di kem atau kediaman ditetapkan pasukan masing-masing serta tidak dibenarkan keluar atau bergaul dengan individu luar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.