ad
ADN

ADN Bukit Melawati bantu golongan memerlukan

14 Feb 2021, 4:52 AM
ADN Bukit Melawati bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 14 FEB: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati menghulurkan bantuan kepada beberapa penduduk melalui program Ziarah Kasih semalam.

Wakil rakyat terbabit, Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya menyumbang kerusi roda kepada dua keluarga memerlukan di Taman Kuala Selangor Utama dan Tanjong Keramat.

"Dalam program sama, seorang wanita enam anak yang mengalami masalah kewangan turut dibantu. Kita beri keluarga itu susu tepung kanak-kanak serta barangan keperluan dapur.

"Satu generator turut disumbangkan ke Kuil Sri Madurai Veeran Alayam bagi urusan rumah ibadat itu," katanya di Facebook hari ini.

Beliau berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban penerima dan memudahkan urusan harian mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.