ad
AGENDA

Adibah Noor puji, galak orang ramai guna SELangkah

10 Feb 2021, 12:37 AM
Adibah Noor puji, galak orang ramai guna SELangkah
Adibah Noor puji, galak orang ramai guna SELangkah

SHAH ALAM, 10 FEB: Selebriti Adibah Noor menggalakkan masyarakat muat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang dibangunkan Kerajaan Selangor.

Pelantun lagu Terlalu Istimewa itu turut memuji ciri-ciri aplikasi tersebut yang boleh berfungsi ketika dan selepas pandemik Covid-19.

"Saya telah menggunakan SELangkah sejak awal ia diperkenalkan, sangat terbaik. Malah, saya amat teruja apabila aplikasi itu turut dilengkapi ciri baharu.

"Antara ciri baharu itu ialah imbasan dwisistem, daftar masuk menggunakan sistem pengesanan lokasi (GPS), sejarah imbasan dan paparan buletin," katanya menerusi siaran langsung Pelancaran SELangkah secara maya di portal itu.

Beliau yang juga duta SELangkah berkata aplikasi itu juga bakal ditambah baik dengan beberapa ciri lain pada masa akan datang iaitu SELangkah PAY, SELangkah Wallet dan 'Register and Sign up for Your Vaccine Pack' (RSVP).

Aplikasi pengesanan kontak diperkenal 5 Mei tahun lalu itu bertujuan memudahkan pemantauan orang awam sepanjang pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi SELangkah itu di telefon pintar menerusi App Store atau Google Play Store.

[caption id="attachment_460390" align="aligncenter" width="500"] Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) sebelum memasuki pejabat di Bangunan SUK Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.