ad
AGENDA

SELangkah bakal tambah baik fungsi termasuk daftar vaksin

9 Feb 2021, 10:28 AM
SELangkah bakal tambah baik fungsi termasuk daftar vaksin

SHAH ALAM, 9 FEB: Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bakal menawarkan fungsi komersial bagi membantu pengguna menyesuaikan diri ke arah pendigitalan.

Dutanya Adibah Noor menjelaskan sistem bersepadu yang mengumpulkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan Selangor boleh didapati melalui SELangkah ID.

"Dengan fungsi digital ini, pengguna boleh membayar bil dan saman dengan mudah selain menerima bantuan kebajikan dari Kerajaan Negeri," kata selebriti terkenal itu ketika menerangkan ciri aplikasi tersebut secara maya.

Jelasnya, sistem bersepadu berkenaan turut memperkenalkan pendaftaran vaksin melalui RSVP bagi memperkukuh penyampaian vaksin Covid-19 secara teratur.

Selain itu, menurut Adibah, sistem itu juga bakal dilengkapi SELangkah Biz yang membolehkan peniaga menerima bayaran dari mana-mana platform e-dompet.

Turut diperkenalkan, ciri dompet iaitu SELangkah Wallet dan SELangkah Pay untuk memudahkan pengguna melakukan transaksi tanpa tunai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.