ad
AGENDA

Pusat nilai Covid-19 Petaling dipindah ke Stadium Malawati (senarai lengkap CAC)

9 Feb 2021, 6:58 AM
Pusat nilai Covid-19 Petaling dipindah ke Stadium Malawati (senarai lengkap CAC)

SHAH ALAM, 9 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengubah lokasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Petaling ke Stadium Malawati, Seksyen 13 di sini bermula semalam.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, ia juga memaklumkan tambahan nombor telefon CAC tersebut dan Sabak Bernam untuk memudahkan pesakit.

"Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan Penilaian Rumah akan membantu anda.

"Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri," tulis jabatan itu.

Selain nombor WhatsApp 011-6405 5718, nombor telefon tambahan CAC Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling seperti berikut: 011-5881 4350 dan 011-5881 4280.

Selain stadium dan dewan orang ramai, 19 CAC di seluruh Selangor turut ditempatkan di klinik kesihatan (KK) dan klinik desa yang disenaraikan.

Untuk CAC di Sabak Bernam pula, selain nombor sedia ada kekal, nombor telefon bagi lapan pusat tersebut seperti di bawah:

KK Sungai Besar: 03-3241 1358

KK Sungai Lima: 03-3224 2823

KK Sekinchan: 03-3241 0331

KK Sabak: 03-3216 1355

KK Parit Baru: 03-3213 6223

KK Sungai Air Tawar: 03-3213 6227

KK Bagan Terap: 03-3216 2722

KK Merbau Berdarah: 03-3216 1077

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Senarai lengkap nombor telefon CAC beserta hari dan waktu operasi boleh dirujuk di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.