ad
AGENSI

Lima sekeluarga positif Covid-19 terima bantuan makanan LZS

9 Feb 2021, 3:26 AM
Lima sekeluarga positif Covid-19 terima bantuan makanan LZS

SHAH ALAM, 9 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan makanan kepada lima sekeluarga yang berputus bekalan kerana menjalani kuarantin.

Agensi berkata keluarga dari Kuala Langat itu dikuarantin di rumah selepas mereka disahkan positif Covid-19.

"Pihak kami bergegas membeli barang keperluan makanan dan menyerahkan kepada keluarga yang terkesan ini.

"Serahan makanan tetap disampaikan walau hanya diletakkan di luar pagar," katanya menerusi Facebook.

LZS juga mendoakan semoga keluarga terbabit sembuh daripada wabak dengan segera.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.