ad
AGENDA

Taska anak petugas kesihatan di Maeps mula operasi hari ini

8 Feb 2021, 8:59 AM
Taska anak petugas kesihatan di Maeps mula operasi hari ini
Taska anak petugas kesihatan di Maeps mula operasi hari ini

SHAH ALAM, 8 FEB: Taska yang menempatkan anak petugas hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Serdang memulakan operasi hari ini.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri berkata kemudahan tersebut memberi kelegaan kepada kepada ibu bapa yang memerlukan tempat jagaan anak.

"Operasi taska berjalan mengikut waktu pejabat dan setakat hari ini seramai 41 kanak-kanak mendaftar, kita jangka bilangannya akan bertambah lagi.

[caption id="attachment_460224" align="alignleft" width="500"] Taska menempatkan anak petugas hadapan di Maeps, Serdang. Foto ihsan Bahagian (Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri[/caption]

"Kita berharap inisiatif ini meringankan beban petugas hadapan yang banyak berkorban nyawa mengekang perebakan Covid-19," kata Muhamad Shah Osmin kepada SelangorKini hari ini.

Pada 2 Februari, Dato' Menteri Besar menganggar seramai 2,000 petugas hadapan atau sebahagian yang berkhidmat di PKRC akan menghantar anak ke taska.

Pakej Kita Selangor yang diumumkan pada 20 Januari memperuntuk RM1 juta melaksanakan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan untuk meringankan beban petugas.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha itu melibatkan pembukaan taska serta pusat jagaan sementara di hospital awam juga premis sementara yang memberi manfaat hampir 400 keluarga petugas hadapan di

seluruh negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.