ad
PBT

MBPJ masih tutup kawasan riadah, minta penduduk patuh arahan

7 Feb 2021, 4:39 AM
MBPJ masih tutup kawasan riadah, minta penduduk patuh arahan

SHAH ALAM, 7 FEB: Hutan Pendidikan Bukit Gasing dan taman awam sekitar Petaling Jaya masih ditutup untuk sebarang aktiviti susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan langkah itu bagi menjaga keselamatan orang awam berikutan peningkatan kes Covid-19.

"Ini juga untuk memastikan penduduk tidak melanggar undang-undang atau peraturan ditetapkan," kata pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan.

Penutupan selaras Seksyen 24, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988) (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

Bagaimanapun, menurut MBPJ kelonggaran meliputi aktiviti joging dalam kumpulan tidak melebihi dua orang dan berbasikal secara berseorangan kurang 10km dari kediaman.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.