ad
ADN

500 keluarga miskin DUN Rawang terima sumbangan makanan asas

7 Feb 2021, 3:44 AM
500 keluarga miskin DUN Rawang terima sumbangan makanan asas

SHAH ALAM, 7 FEB: Seramai 500 keluarga miskin pelbagai kaum sekitar Rawang menerima sumbangan makanan asas sempena Tahun Baru Cina.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata barangan diberikan ialah minyak masak, beras, tepung dan gula.

"Walaupun ini adalah bantuan Tahun Baru Cina kita tidak hanya fokuskan kepada masyarakat Cina sahaja sebaliknya semua bangsa disantuni.

"Hal ini kerana kita faham ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendapatan semua orang terjejas dan memerlukan bantuan," katanya kepada SelangorKini.

Menurut Wei Kiat pihaknya berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban dan wang mereka boleh diguna untuk tujuan lain.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.