ad
AGENDA

Sedia bantu usahawan desa mahir pemasaran dalam talian

7 Feb 2021, 2:43 AM
Sedia bantu usahawan desa mahir pemasaran dalam talian

KUALA LANGAT, 7 FEB: Kerajaan Selangor bersedia membimbing usahawan luar bandar untuk menguasai pemasaran dalam talian bagi mempromosi produk.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata langkah itu selaras norma baharu yang menuntut peniaga mahir dalam pendigitalan.

"Usahawan memerlukan kaedah untuk memasarkan barangan sama ada ke peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa. Jika diberi pendedahan, saya percaya boleh meningkatkan tahap ekonomi mereka untuk menyara keluarga,” kata Borhan Aman Shah pada program Kita Ke Kampung di sini semalam.

Sementara itu, wakil rakyat Tanjung Sepat berkata kertas kerja bagi projek pelebaran jalur internet kawasan desa sudah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, usaha itu bagi mengatasi keciciran penduduk luar bandar terutama urusan dalam talian berikutan capaian internet yang lemah.

“Jaringan internet penting pada zaman digital kerana jika seseorang itu tiada pengetahuan, mereka akan rugi informasi, ekonomi dan hubungan,” kata Borhan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.