ad
AGENSI

Program buat biskut bantu wanita miskin jana pendapatan

4 Feb 2021, 3:38 AM
Program buat biskut bantu wanita miskin jana pendapatan

PETALING JAYA, 4 FEB: Ahli parlimen Petaling Jaya menganjurkan kursus pembuatan biskut bagi membantu wanita keluarga berpendapatan rendah meraih pendapatan.

Maria Chin Abdullah berkata projek ‘Cookies For a Cause’ bermula awal tahun ini melalui dana Pakej Kita Selangor menumpukan kawasan pangsapuri kos rendah.

Beliau yang berhasrat melahirkan 100 usahawan melalui program itu memaklumkan peserta bakal didedahkan latihan dan strategi pemasaran dalam talian serta pengurusan kewangan.

“Kebanyakan bergaji RM2,000 ke bawah malah ada yang tiada pendapatan sehingga anak-anak terpaksa mengikat perut apabila sekadar makan dua atau tiga kali seminggu.

“Justeru, saya berharap projek ini mampu memperkasa ekonomi wanita, bukan untuk menjadi kaya tetapi cukup bawa makanan atas meja," kata Maria selepas meninjau kerja pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 semalam.

Menurutnya, seramai 10 wanita dari PPR berkenaan sudah menyertai kursus tersebut dan menerima sambutan baik dengan tempahan hampir 100 botol biskut.

Jelasnya, tempahan boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/7qagDyuErraKZLTR8 dan keuntungan hasil jualan disalurkan sepenuhnya kepada peniaga.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.