ad
AGENSI

Taska anak petugas hadapan PKRC Serdang beroperasi 8 Februari

2 Feb 2021, 1:05 PM
Taska anak petugas hadapan PKRC Serdang beroperasi 8 Februari

SERDANG, 2 FEB: Taska menempatkan anak petugas hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di sini bakal beroperasi mulai Isnin depan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan kira-kira 41 kanak-kanak sudah berdaftar setakat ini dan berharap operasinya kelak berjalan lancar.

"Kita anggarkan seramai 2,000 petugas hadapan di sini dan mungkin sebahagiannya akan hantar anak mereka ke taska. Diharap operasinya lancar dan kita akan menambah baik kemudahan dari masa ke masa," katanya selepas melawat taska berkenaan hari ini.

Amirudin turut menyerahkan 14 unit tablet bagi melancarkan urusan petugas kesihatan yang berkhidmat di pusat rawatan tersebut.

Kerajaan Selangor melaksanakan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan secara percuma selama dua bulan untuk meringankan beban petugas hadapan yang berusaha menangani penularan Covid-19.

Program itu melibatkan pembukaan dan operasi taska serta pusat jagaan sementara di hospital

awam juga premis sementara yang bakal memanfaatkan hampir 400 keluarga.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.