ad
AGENDA

PKP dilanjut hingga 18 Februari, SOP diperketat

2 Feb 2021, 7:46 AM
PKP dilanjut hingga 18 Februari, SOP diperketat

SHAH ALAM, 2 FEB: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak yang dijadual tamat pada Khamis dilanjutkan sehingga 18 Februari.

Menteri kanan keselamatan berkata pelaksanaan arahan dengan tatacara operasi piawai (SOP) lebih ketat berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Kerajaan menguatkuasakan semula PKP bermula 13 Januari lalu berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 dan kewujudkan kluster baharu.

Malaysia mencatatkan lebih 5,000 kes Covid-19 dalam tempoh tiga hari berturut-turut bermula 29 Januari. Kes tertinggi dicatatkan pada 30 Januari lalu iaitu sebanyak 5,728 kes.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.