ad
AGENSI

Lebih 14,000 petugas barisan hadapan terima bantuan makanan

2 Feb 2021, 12:44 AM
Lebih 14,000 petugas barisan hadapan terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 2 FEB: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor meneruskan bantuan makanan kepada kira-kira 14,162 petugas barisan hadapan di negeri itu.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat, Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu terbahagi kepada 9,822 petugas kesihatan dan 4,340 pasukan sekatan jalan raya (SJR).

"Bantuan dengan inisiatif Kerajaan Negeri ini bertujuan menghargai petugas terbabit bagi memerangi pandemik Covid-19" katanya kepada SelangorKini.

Menurut Ahmad Azri sebanyak 12 hospital, 10 pejabat kesihatan daerah dan Jabatan Kesihatan Daerah menerima bantuan itu sejak 20 Januari lalu sehingga hari ini.

"Bagi pasukan SJR pula bantuan makanan ini sudah mula diagih 27 Januari dan diteruskan sehingga 9 Februari ini," katanya lagi.

Pada 20 Januari lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan makanan menerusi Pakej Kita Selangor dengan peruntukan RM3 juta kepada petugas barisan hadapan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.