ad
AGENSI

Buat ucapan Tahun Baharu Cina, menangi angpau RM168

1 Feb 2021, 9:12 AM
Buat ucapan Tahun Baharu Cina, menangi angpau RM168
Buat ucapan Tahun Baharu Cina, menangi angpau RM168

SHAH ALAM, 1 FEB: Orang ramai berpeluang memenangi angpau bernilai RM168 melalui kiriman ucapan sempena Tahun Baharu Cina 2021 peringkat Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Limas) berkata pemberian angpau menerusi kempen 'Tahun Baharu Cina Ucap dan Menang' bagi menambah keseronokan sambutan perayaan itu.

"Nilai angpau ini sebagai simbolik kepada makmur sepanjang jalan, jadi tiga ucapan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang hadiah tersebut.

"Orang ramai dipelawa menulis ucapan sebelum peraduan tamat 3 Februari manakala keputusan diumum 9 Februari," kata Dato' Teng Chang Khim pada sidang media secara maya hari ini.

Beliau menjelaskan pihaknya menerima ratusan penyertaan sejak dibuka pada 24 Januari lalu. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari https://www.facebook.com/ami.mbselangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.