ad
AGENDA

Mapim: Laporan tertunggak, lewat kes Covid-19 perlu segera dibaiki

1 Feb 2021, 3:56 AM
Mapim: Laporan tertunggak, lewat kes Covid-19 perlu segera dibaiki

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa tunggakan dan kelewatan laporan kes Covid-19 di negara ini segera diperbaiki bagi mengelak situasi cemas masyarakat.

Presidennya berkata laporan lewat kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) tidak sepatutnya berlaku kerana peningkatan jangkitan harian mengundang tanggapan umum.

"Lonjakan wabak serius ini tidak harus dilihat ringan kerana kesannya bukan sekadar soal kesihatan fizikal tetapi juga mental.

"Kami kesal ini boleh berlaku kerana fakta dan data memberi kesan besar kepada keputusan pihak berkuasa sekali gus meningkat ketakutan masyarakat," kata Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah kelewatan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (Simka) oleh fasiliti swasta berdaftar seperti klinik dan hospital harus ditangani bagi mengelak kekeliruan.

"Walaupun sistem canggih namun kelemahan penggunaan menyebabkan keputusan tidak tepat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.