ad
AGENDA

MBI sumbang 14 tablet untuk petugas PKRC Serdang

29 Jan 2021, 7:39 AM
MBI sumbang 14 tablet untuk petugas PKRC Serdang

SHAH ALAM, 29 JAN: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyumbang 14 unit tablet bagi kegunaan petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan peranti mudah alih itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM45,000.

"Semasa lawatan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ke MAEPS minggu lalu, terdapat permintaan daripada operator bertugas yang memaklumkan mereka kekurangan tablet untuk memantau pesakit di situ.

"Jadi, beliau (Amirudin) bersetuju untuk bantu sebelum kita selaras bantuan ini dengan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Dato' Zamani Ahmad Mansor," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sesi penyerahan dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek kepada Zamani yang juga pengerusi bersama PKRC kelmarin.

Sementara itu, Ahmad Azri berharap sumbangan tersebut melancarkan kerja petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.