ad
AGENSI

Selangor Kerjaya sesuaikan profil calon dengan kerja, kehendak majikan

29 Jan 2021, 3:32 AM
Selangor Kerjaya sesuaikan profil calon dengan kerja, kehendak majikan
Selangor Kerjaya sesuaikan profil calon dengan kerja, kehendak majikan

SHAH ALAM, 29 JAN: Sistem profil pintar program Selangor Kerjaya mampu menyesuaikan biodata pemohon dengan pekerjaan yang sepadan.

Dato' Menteri Besar berkata padanan itu dibuat bagi memastikan pemohon jawatan menepati kehendak majikan.

"Malah, menerusi program ini kemahiran calon akan ditingkatkan dengan latihan bagi memastikan kualiti, hasil serta kadar kekal kerja yang tinggi," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

 

Beliau berkata Selangor Kerjaya adalah salah satu inisiatif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan mempunyai ciri unik yang tidak dimiliki platform carian pekerjaan lain.

"Bagi pencari kerja, segera daftar di www.selangorkerjaya.com.my untuk menikmati manfaat ini," katanya.

Pada Selasa lalu, Amirudin memaklumkan program tersebut bakal menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh tiga tahun pascawabak Covid-19 dengan 2,000 daripadanya kepada lepasan universiti, vokasional dan sekolah menengah.

Usaha tersebut turut dikhususkan kepada individu yang hilang pekerjaan pada tahun ini susulan penularan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.