ad
AGENDA

Selangor Kerjaya turunkan kadar pengangguran belia

27 Jan 2021, 7:54 AM
Selangor Kerjaya turunkan kadar pengangguran belia

SHAH ALAM, 27 JAN: Program Selangor Kerjaya dijangka menurunkan sebahagian kadar pengangguran dalam kalangan belia terutama di Lembah Klang, kata presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Jufitri Joha berkata kadar penganggguran belia berumur 15 hingga 30 tahun sehingga suku kedua tahun lepas adalah 8.9 peratus atau 502,300 individu.

"Inisiatif ini memenuhi aspirasi anak muda yang majoritinya mendiami Lembah Klang khususnya di Selangor untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

"Latihan profesional berteraskan kemahiran dan teknologi secara dalam talian yang ditawarkan Selangor Kerjaya seiring dengan Revolusi Industri 4.0," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau menyifatkan Selangor Kerjaya sebagai pelengkap kepada program MyFuture Job di peringkat nasional sekali gus memberi banyak pilihan pekerjaan kepada belia di Selangor.

Semalam Kerajaan Negeri melancarkan laman web www.selangorkerjaya.com.my untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa dekat dan panjang.

Dato' Menteri Besar berkata Selangor Kerjaya menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh tiga tahun pascawabak Covid-19.

Dato' Menteri Besar menjelaskan sebagai permulaan, sebanyak 2,000 peluang ditawarkan kepada lepasan universiti, vokasional dan sekolah menengah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.