ad
BERITA UTAMA

EXCO saran KPKT tiru langkah Selangor pantau PPR

27 Jan 2021, 6:39 AM
EXCO saran KPKT tiru langkah Selangor pantau PPR

SHAH ALAM, 27 JAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mencontohi Kerajaan Selangor dalam memantau Projek Perumahan Rakyat (PPR).

EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar berkata pihaknya bukan saja menitikberatkan persekitaran kondusif bagi penduduk kawasan tersebut malah turut menumpukan aspek kebajikan serta kaedah membantu mereka menambah pendapatan.

"KPKT diminta beri tumpuan kepada penghuni PPR terutama di Lembah Subang yang pengurusannya sudah berpindah tangan kepada mereka dari Kerajaan Selangor.

"Perkara ini perlu diambil serius kerana sepanjang pandemik Covid-19 pelagai isu timbul berkaitan penduduk di situ," kata Rodziah Ismail selepas Program Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Wanita KEADILAN Selangor kepada Wanita KEADILAN Pahang.

Program di Dewan Pusat Wanita Berdaya Seksyen 23 di sini turut dihadiri Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata sehingga kini terdapat empat PPR di bawah pengurusan Kerajaan Selangor iaitu PPR Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Taman Tasik Teratai Serendah dan Council Homes Bandar Baru Bangi.

Katanya, pada 20 Januari lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan pengecualian dan penangguhan bayaran sewa PPR melibatkan kos RM1.7 juta serta manfaat 2,361 unit penyewa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.