ad
AGENSI

Pengeluar i-Lestari, i-Sinar wajib bayar zakat jika pendapatan tidak terjejas

27 Jan 2021, 4:14 AM
Pengeluar i-Lestari, i-Sinar wajib bayar zakat jika pendapatan tidak terjejas

SHAH ALAM, 27 JAN: Inidividu muslim yang layak mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Lestari atau i-Sinar wajib mengeluarkan zakat sekiranya masih mempunyai sumber pendapatan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata tuntutan itu perlu disempurnakan kerana pengeluaran dibuat

atas pilihan dan bukannya disebabkan darurat.

"Berdasarkan fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Selangor 2013 (pindaan) berkaitan pengeluaran

KWSP sebelum berusia 55 tahun, zakat wajib ke atas jumlah dikeluarkan.

"Oleh itu tertakluk pada keputusan berkenaan, pengeluaran KWSP melalui dua skim itu, sekiranya

mencukupi syarat wajib mengeluarkan zakat," kata agensi pada 26 Januari.

LZS bagaimanapun berkata individu yang terjejas pendapatan sehingga memberi kesan kepada keperluan dan tanggungan tidak diwajibkan berbuat demikian.

"Ini kerana pengeluaran simpanan itu dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan pendapatan.

Jika pengeluaran dilakukan dalam keadaan begini ia tidak wajib," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.