ad
AGENDA

Perketat PKP tanpa bantuan kewangan bawa risiko syarikat gulung tikar

25 Jan 2021, 10:14 AM
Perketat PKP tanpa bantuan kewangan bawa risiko syarikat gulung tikar

SHAH ALAM, 25 JAN: Lebih banyak syarikat risiko gulung tikar jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketat tanpa bantuan kewangan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang berkata ini adalah masa tepat untuk kerajaan belanja lebih bagi membantu golongan tersebut dan pada masa sama mengawal penularan Covid-19.

"Kita harus akui sebelum pandemik, syarikat tersebut telah membayar cukai secara konsisten sebanyak RM70 bilion setahun.

"Justeru, kerajaan perlu mengambil langkah serius dengan memperluas skim subsidi upah serta beri geran cukai kepada mereka agar boleh tambah baik kuarters dan asrama pekerja," katanya ketika bersiaran secara langsung di Facebook hari ini.

Ahli parlimen Port Dickson berkata saringan secara besar-besaran terhadap pekerja warga asing juga perlu dilaksana segera atau sekurang-kurangnya dibiayai separuh oleh kerajaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.