ad
ADN

1,000 penduduk Pandan Indah terima bantuan makanan asas

25 Jan 2021, 8:04 AM
1,000 penduduk Pandan Indah terima bantuan makanan asas

SHAH ALAM, 25 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah mengagih bantuan makanan asas kepada 1,000 penduduk di kawasan tersebut yang terjejas akibat Covid-19.

Wakil rakyatnya berharap bantuan beras lima kilogram dan dua ekor ayam meringankan beban keluarga berpendapatan rendah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Program yang bermula jam 11 pagi sehingga lewat petang ini berjalan lancar mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Insya-Allah program seperti ini akan berjalan setiap minggu sepanjang tempoh PKP," kata Ir Izham Hashim menerusi Facebook.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta beberapa syarikat yang menghulurkan bantuan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.