ad
PBT

MBPJ beli minyak masak terpakai 80 sen sekilo

25 Jan 2021, 6:25 AM
MBPJ beli minyak masak terpakai 80 sen sekilo

SHAH ALAM, 25 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan pembelian minyak masak terpakai dengan harga RM0.80 sekilogram.

Pihak berkuasa tempatan berkata inisiatif tersebut bagi menggalak orang ramai melupuskan bahan buangan itu dengan cara yang betul dan tidak mengancam kesihatan.

"Jika anda mempunyai minyak masak terpakai, jangan buang terus ke dalam saluran sinki atau longkang.

"Ini bagi mengelakkan gangguan terhadap sumber air, loji rawatan air, tapak pelupusan dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK)," katanya menerusi Facebook.

MBPJ menambah orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-79541440 atau Marini Mohammad di talian 017-3458529 untuk berbuat demikian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.