ad
AGENDA

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri titah lindungi haiwan terbiar

23 Jan 2021, 5:01 AM
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri titah lindungi haiwan terbiar

SHAH ALAM, 23 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menitahkan rakyat supaya tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin bertitah semua pihak perlu memiliki sifat belas kasihan dan bersama memberi perlindungan.

"Baginda berdua terkilan dan dukacita kerana masih ada pihak tertentu yang sengaja berlaku kejam dan tidak tahu kaedah terbaik melindungi haiwan terbiar, khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," titah baginda dalam kenyataan disiarkan Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menitahkan pihak berkuasa tempatan supaya tidak memberi gambaran buruk terhadap isu tersebut, sebaliknya lebih proaktif dan bijak menanganinya.

Titah baginda, langkah kerajaan Turki mengendalikan haiwan terbiar perlu dicontohi supaya makhluk tersebut tidak dizalimi pihak tidak bertanggungjawab.

"Baginda berdua amat berharap rakyat dan seluruh komuniti khususnya di Selangor untuk terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan terbiar serta mengambil berat berhubung hak dan kebajikan," titah baginda.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.